Jumat, 12 Februari 2010

MENCARI KEBERADAANMU


MENCARI KEBERADAANMU

Matahari hampir terbenam. Mega di langit kemerah-merahan seperti sisik emas. Ombak berkejar-kejaran ke pantai tiada putus-putusnya. Entah mengapa, pada malam itu aku bagaikan dibungkus sepi seperti seorang pengembara di padang pasir. Tanpaku saadari, beberapa butir mutiara jernih jatuh berlinangan dari pada kelopak mataku. Orang yang melahirkan aku tak pernah ku dengar hembusan nafasnya, apalagi berjumpa dengannya.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Namun, aku tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari pada ibu. Kakak-adikku lain dibelai manja. Aku dipaksa mengemas, memasak dan mengerjakan pekerkerja yang lain, padahal pekerjaan tersebut mudah untuk di kerjakan sendiri.
“Ibu berkata pada diriku, “engkau bukan anak kandung ibu!” Jadi aku di harus bekerja pekarjaan kerja rumah,”
Adakah kata-kata adik dan kakak benar? Aku harus mencari kepastian. Tanpa Aku bertanya ibu dia selalu memberikan kritikan yang sangat pedih dan sakit pada hati ku yang teriris. Suatu petang aku bertanya pada ayahku tercinta untuk mencari informasi mengenai ibu kandungku, ayah ku tercinta menceritakan semua yang ada pada diri ibuku yang di cerminkan dalam diriku, keesokan harinya aku melihat seorang wanita sedang duduk bersendirian. Dia kelihatan sedih. Aku menghampiri wanita itu dan bertanya khabarnya. Dia begitu ramah dan menceritakan kisah hidupnya.
Aku simpati mendengar ceritanya. Dia buntu karena masih belum dapat mencari anak kandungnya yang telah dia berikan kepada sebuah keluarga. Dia terpaksa memberikan anaknya karena tidak mampu membelanya dengan sempurna. Kini dia amat merindui dan ingin memeluk anaknya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku sungguh terharu mendengar rintihan wanita itu.
Aku memeluk dan mencium wanita itu sebelum aku pergi meninggalkannya. Masih segar lagi dalam ingatanku kata-kata terakhirnya.
“Ingatlah. Seburuk mana sekali pun ibu kita, kita harus menghormatinya karena syurga di telapak kaki ibu,” kata wanita tua itu dengan lembut.
Suatu hari aku diajak oleh orang tuaku ke rumah sakit, aku berjumpa pegawai di kaunter untuk mendapatkan informasi. Aku menanti dengan seribu harapan. Sedang aku duduk di bangku bersama Lina, aku terdengar seorang doktor berbicara mengenai pesakitnya yang bernama Zainah. Aku teringat bahawa wanita yang aku temui tadi juga bernama Zainah. Tidak lama kemudian, aku melihat seorang paramedik ambulans menyorong wanita tadi. Doktor memeriksanya lalu menarik kain putih untuk menutupinya.
Tiba-tiba aku tersentak ternyata wanita itu adalah wanita yang kutemui tadi, Cita-citaku yang setinggi gunung itu hancur berderai.  wanita yang telah aku peluk dan cium tadi kini telah tiada. Manik-manik mutiara jernih pula merintis membasahi pipiku. Namun aku bersyukur kerana dapat memeluk dan mencium ibu yang kutemui sebelum dia meninggal.
Lamunanku tersentak oleh dentuman guruh. Aku mengesat air mataku lalu bangun dan beredar dari pantai. Kini, aku hanya mampu memanjatkan doa semoga roh ibu yang kutemui  ditempatkan bersama umat yang beriman.
Bersambung........

Hilang'y kelopak itu
Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu hanyut terbawa arus,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah



Tidak ada komentar:

Posting Komentar